Wednesday 2 May 2012

Sujud Syukur



Soalan: Kenapa perlu sujud syukur ?

Jawapan: Ada 2 keperluan iaitu ni’mah(nikmat) dan niqmah(musibah). Zahirkan rasa syukur kepada allah atas nikmat yang dikurniakan dan begitu juga apabila diselamatkan daripada musibah. hukumnya sunat.

Soalan: Alang-alang solat fardu, bolehkah saya sujud syukur dalam solat tersebut?

Jawapan: Batal solat fardu tersebut jika dilakukan sujud syukur di dalamnya.

Soalan: Adakah sujud syukur sah jika hanya melakukan sujud sahaja?

Jawapan: Untuk melakukan sujud syukur, ada kafiatnya .Hanya dengan empat langkah mudah: menghadap kiblat, takbiratulihram, bersujud dengan memuji  Allah (satu kali sahaja)dan bertasbih kepada Allah.

Soalan: Saya bersedia untuk melakukan sujud syukur, jadi apa syarat-syaratnya?

Jawapan: Mesti dalam keadaan bersih dan suci, menghadap kiblat, menutup aurat dan jauh daripada najis.

Soalan: Adakah amalan sujud syukur ini ialah sunah rasulullah s.a.w?

Jawapan: Ya benar, ini dikhabarkan oleh Abu Bakrah: “Apabila datang kepada nabi s.a.w perkara yang membuatkan baginda berasa lapang dan gembira dengannya, baginda akan sujud syukur kepada Allah s.w.t.”(Riwayat Abu Daud)

oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber : solusi isu 43

No comments: