Friday 25 May 2012

The Ungiven Letter

Dear Future Husband,

“I don’t wanna be your GIRLFRIEND,
I just wanna be the one you call as WIFE,
Your presence brings me HAPPINESS,
You are my halal PRINCE CHARMING,
Riding your horse of TAQWA,
Holding the Quran on the RIGHT,
And Sunah on the LEFT,
Giving glad tidings to the STRANGER..”

Cry

Sahabatku..

Menangis dan bersedih bukanlah bererti kita hilang harapan..
Jauh sekali untuk menjadikan kita rasa putus asa dengan rahmat Allah..
Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar, bahawa kita adalah hambaNya yang lemah dan kerdil..
Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya Sabar dan Redha..
sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu.. 
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan,
 kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dengannya.


Dua


O Allah ,
let there be conviction in my heart ,
peace in my soul,
light in my sight,
richness in my sustenance,
sincerity in my deeds,
and eternal thankfulness to You as long as I am here.

Dont Grieve


God always has something for you:
A key for every problem,
A light for every shadow,
A relief for every sorrow.
A plan for every tomorrow.

Have faith!

Andai ini Sujud Terakhirku


Ampunilah dosa-dosaku,
Terlebih yang tidak aku sadari,
Ampuni sungguh ampuni,
Aku akan selalu berusaha menggemgam rindu,
tuk berjumpa Rasulullah tercinta,


Meski andai tak layak aku ada dalam syurgaMu,
Dalam tiap sujud sungguh memohon,
Layakkah diriku sebagai hambaMu,
Dan hamba selalu ingat doa ini,
bila ini sujud terakhirku..

Fitrah Cinta


andai benar rindu,
cukuplah perasaan itu dikirimkan melalui doa.
biar rasa yang berlagu di hati itu,
 kita cuma coretkan dalam warkah sepi yang isinya tuhan yang tahu.
jangan kerana kita,  dia gugur dari perjuangannya mencari redha allah.
jangan kerana kita ,dia terus lena dalam kealpaan.

Don't Give up. Okay?


Saat ditimpa musibah dan dugaan Allah, apakah sepatutnya sikap kita? Bagaimanakah respons kita kala itu?

“…Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
(Yusuf 12:87)

Muslim sejati adalah seorang yang beriman kepada takdir.Bukankah takdir yang Allah berikan kepada setiap hambanya sudah ditentukan sebelum Allah menciptakan langit dan bumi lagi?
        
Sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah telah menulis(di lauh mahfuzh) takdir sekalian makhluk 50 000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.”(Riwayat Muslim)

Dalam Al-Quran surah Az-Zumar ayat 53, Allah berfirman:
“Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah , Allah mengampuni  dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Islam mendidik kita agar menerima dan menghadapi semua ujian dengan sabar dan tabah kerana yakin itu semua sudah ditetapkan oleh Allah. Oleh kerana itu, jumlah umat Islam yang bunuh diri jauh lebih rendah berbanding umat daripada agama lain.

Bukankah Allah telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub a.s dan anak-anaknya:
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya, dan janganlah kamu putus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”(Yusuf 12:87)

Oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber: Buku Tuhan Itu Dekat

Saturday 19 May 2012

Hijrah


Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu bermula dari hati.

Tingkah laku seseorang itu tidak akan  berubah sekiranya hatinya masih terhijab dengan maksiat dan dosa.

Benarlah sabda junjungan agung,Nabi Muhammad SAW berkenaan hati:
“Ketahuilah bahawa dalam hati diri ini terdapat seketul daging.Jika ia baik,maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk,maka buruklah seluruh tubuh.Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menerangkan bahawa hati menjadi pemain utama kepada nadi perubahan seorang individu.Ia juga memandu minda dan tingkah laku untuk melakukan sama ada kebaikan ataupun kejahatan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah,pasti mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya(sebelum tempat yang dituju),maka telah tetap baginya ganjaran di sisi Allah.”
(Surah An-Nisa’ 4:100)

“sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka tetap istiqamah,maka tidak aka nada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita” (surah al-Ahqaf:13)



“Dan orang-orang yang BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan MEMIMPIN mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka BERGEMBIRA serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha MEMBAIKI amalannya.”

Sebab Hati Tidak Bahagia


1.Pemaraf.
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2.Pendendam.
Tersembunyi ibarat mengumpul leher di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3.Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daripada dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Sebab walaupun fasik, pemurahnya itu tetap memberi manfaat kepada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5.Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan , itu belum boleh dikatakan rezeki kita(mungkin ada hak orang lain di situ).biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal2 yang lebih besar.

7.ego
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya tersendiri, Cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8.Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan` menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9.cinta dunia
Tidak dapat menderita , dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati  cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu ‘panas akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Pewaris Syurga







1.Orang yang menjaga solat iaitu orang yang khusyuk dalam solat.

2.,Menjauhi perkataan dan perkara yang sia-sia.

3.Orang yang tunaikan bayaran zakat.

4.Orang yang menjaga maruah dan kehormatannya.

5.Orang yang menjaga amanah dan janji iaitu jujur pada diri sendiri.

6.Mereka yang tetap memelihara solatnya.

“Orang yang mewarisi syurga akan kekal di dalamnya.”

Oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber: Al-Hidayah tv3
              Ustazah Asni Abu Mansor.

Tuesday 8 May 2012

Pil Marah


1.Sabar dan sentiasa mengawal perasaan marah atau emosi. biasanya kalau kita mengawal perasaan negatif dalam diri kita nanti hati kita akan jadi beku.

2.Usah bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang kita marah. Biasanya kalau kita cepat-cepat meminta maaf atau memaafkan nanti kita dijauhi daripada sifat bodoh.

3.Insafilah diri dengan mengingati bahawa kemarahan itu mendatangkan seksaan Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak insaf nanti syaitan akan duduk di hati kita.

4.Sentiasa menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendam terhadap orang lain. Biasanya  kalau kita biarkan perasaan negatif itu bersarang dalam hati nanti syaitan akan menyukai kita untuk dijadikan teman.

5.Selalulah memantapkan  keimanan kita dengan kerap melakukan perbuatan yang baik. Biasanya kalau kita tidak melakukannya maka nanti perkara jahat mudah pula kita buat.

6.Ingatlah selalu bahawa Allah s.w.t membenci sifat marah. Biasanya kalau kita tidak beringat nanti syaitan mudah membawa kita melakukan perkara yang dibenci Allah s.w.t.

7.Tanamkan sikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati dengan orang lain. Biasanya kalau kita tidak bersifat begitu nanti orang lain akan takut untuk mendekati kita.

Oleh: nur ashiqin arazmi
Sumber : gen-q isu no 05

Yuk! Hapuskan Dosa



Amalan-amalan yang menghapuskan dosa dan mendapat keampunan:


mengelokkan wuduk

mengerjakan solat tasbih

berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah s.w.t.

mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakaian.

duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.

berzikir selepas solat.

berjalan dari rumah menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk.

berzikir kepada Allah s.w.t secara bersendirian atau berkumpulan.

memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

mengerjakan solat secara berjemaah.

solat di saf hadapan.

mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.

membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t
.
Oleh: nur ashiqin arazmi
Sumber : gen-q isu no 05

Jangan Berputus Asa


Saat ditimpa musibah dan dugaan Allah, apakah sepatutnya sikap kita? Bagaimanakah respons kita kala itu?

“…Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
(Yusuf 12:87)

Muslim sejati adalah seorang yang beriman kepada takdir.Bukankah takdir yang Allah berikan kepada setiap hambanya sudah ditentukan sebelum Allah menciptakan langit dan bumi lagi?        

Sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah telah menulis(di lauh mahfuzh) takdir sekalian makhluk 50 000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.”(Riwayat Muslim)

Dalam Al-Quran surah Az-Zumar ayat 53, Allah berfirman:
“Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah , Allah mengampuni  dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Islam mendidik kita agar menerima dan menghadapi semua ujian dengan sabar dan tabah kerana yakin itu semua sudah ditetapkan oleh Allah. Oleh kerana itu, jumlah umat Islam yang bunuh diri jauh lebih rendah berbanding umat daripada agama lain.

Bukankah Allah telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub a.s dan anak-anaknya:
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya, dan janganlah kamu putus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.”(Yusuf 12:87)

Oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber: Buku Tuhan Itu Dekat

Aurah


~♥ Aku bangga menjadi Muslimah.
Disaat yang lain bangga menjadi wanita Modern.
~♥ Aku bangga Jilbabku menjuntai ke dada.
Disaat yang lain bangga mengikuti Mode.

~♥ Aku bangga menjadi pengurus kerohanian Islam.
Disaat yang lain lena.
~♥ Aku tak peduli dengan anggapan mereka yang lain.
Keranaa aku tahu apa yang lakukan.

~♥ Awalnya aku tidak percaya diri.


Dengan pakaian yang tertutup rapi.

Teman-teman berkata aku tidak trendy.
Tapi Abah kata aku CANTIK begitu juga Mak.

~♥ Wahai kawan yang bermimpi sanjungan.
CantiK bukanlah buka-bukaan.
Cantik bukan selalu berdandan.
Dan cantik bukan bererti seorang pujaan.

~♥ Ku hulurkan jilbabku hingga terasa damai Hatiku.
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentUk tubuhku.
Ku lakukan itu semua demi Cintaku pada Rabbi-Ku.
Dan ku berbisik dalam hatiku, semoga engkau bahagia melihatku.

~♥ Andai semua orang memahami.
CantiK lahir bukanlah ukuran.
Tapi cantik hati memiKat semua orang.
Dan terutama budi pekerti seperti yang Rasul contohkan.

Maka Saudariku Peliharalah AURAT.

~♥ Tidak akan tertutup dengan berperangai yang BAIK,
~♥ Tidak akan tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT,
~♥ Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang BAIK,
~♥ Tetapi hanya akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA.

~ ♥ ~ Mudah - Mudahan AKHLAK dibalik pakaian tadi lebih INDAH dari pada pakaiannya." Amin! ♥

Wednesday 2 May 2012

Wanita


Tudung wanita itu ada empat. tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, dan tudung pada hatinya.

1.Tudung pada wajah.
Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah,berhias untuk tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan orang ramai.kecantikan nya khusus buat sumai,bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah.
Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

2.Tudung pada mata.
Jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya.
Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Semua mata menangis pada hari akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkan daripada memandang apa-apa yang diharamkan,mata yang berjaga pada waktu malamdalam berjihad di jalan allah dan mata yang menitiskan air mata walau sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah.”(Riwayat Al-Dailami)

3.Tudung pada suara.
Jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.
Allah berfirman yang bermaksud: ”Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.”(surah al-Ahzab 33:32)

4.Tudung pada hati.
Hatinya terpaut pada mengingati Allah. Mengingati allah dengan tasbih. Fatimah r.ha.; Subhanallah,alhamdulillah dan Allahuakbar…”
 Insya-allah , apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.

oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber : solusi isu no 41

Bagaimana Nak Bersolek?



Perkara-perkara di bawah ini perlu di ambil perhatian oleh setiap Muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan di wajah:

    Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.

   Bersolek bukan untuk tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.

 Penggunaan pelembap bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit daripada kering, merekah dan lain-lain.

   Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tubuh semula jadi(iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain termasuk bertindik di lidah, bibir dan sebagainya.

       Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan muhrim.

   Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan.

    Tidak mendedahkan aurat seperti rambut  yang sengaja dikeluarkan di bahagian depan atau bahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai.

   Tidak membazir dengan membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.


oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber : solusi isu 43

Sujud Syukur



Soalan: Kenapa perlu sujud syukur ?

Jawapan: Ada 2 keperluan iaitu ni’mah(nikmat) dan niqmah(musibah). Zahirkan rasa syukur kepada allah atas nikmat yang dikurniakan dan begitu juga apabila diselamatkan daripada musibah. hukumnya sunat.

Soalan: Alang-alang solat fardu, bolehkah saya sujud syukur dalam solat tersebut?

Jawapan: Batal solat fardu tersebut jika dilakukan sujud syukur di dalamnya.

Soalan: Adakah sujud syukur sah jika hanya melakukan sujud sahaja?

Jawapan: Untuk melakukan sujud syukur, ada kafiatnya .Hanya dengan empat langkah mudah: menghadap kiblat, takbiratulihram, bersujud dengan memuji  Allah (satu kali sahaja)dan bertasbih kepada Allah.

Soalan: Saya bersedia untuk melakukan sujud syukur, jadi apa syarat-syaratnya?

Jawapan: Mesti dalam keadaan bersih dan suci, menghadap kiblat, menutup aurat dan jauh daripada najis.

Soalan: Adakah amalan sujud syukur ini ialah sunah rasulullah s.a.w?

Jawapan: Ya benar, ini dikhabarkan oleh Abu Bakrah: “Apabila datang kepada nabi s.a.w perkara yang membuatkan baginda berasa lapang dan gembira dengannya, baginda akan sujud syukur kepada Allah s.w.t.”(Riwayat Abu Daud)

oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber : solusi isu 43