Wednesday 2 May 2012

Bagaimana Nak Bersolek?



Perkara-perkara di bawah ini perlu di ambil perhatian oleh setiap Muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan di wajah:

    Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.

   Bersolek bukan untuk tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.

 Penggunaan pelembap bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit daripada kering, merekah dan lain-lain.

   Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tubuh semula jadi(iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain termasuk bertindik di lidah, bibir dan sebagainya.

       Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan muhrim.

   Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan.

    Tidak mendedahkan aurat seperti rambut  yang sengaja dikeluarkan di bahagian depan atau bahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai.

   Tidak membazir dengan membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.


oleh: Nur Ashiqin Arazmi
Sumber : solusi isu 43

No comments: