Thursday, 2 January 2014

The bustle of Tawaf



“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam 
dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap 
satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)

Ayat Al-Quran dia atas menjelaskan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkhendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah.  Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi  matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai  pusingan Tawaf atau pun pusingan Anticlockwise/Counterclockwise. 

Dalam sains, bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise).  Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).



Hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise).  Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya.  

Hal ini tidak terbukti juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada  banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.



Begitulah  ciptaan Allah S.W.T  daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah lawan jam, tawaf  atau Anticlockwise/Counterclockwise. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) 



"Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman."


 (Al-Ankabut, 29:44)










Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Kajian membuktikan pusingan tawaf(Anticlockwise/Counterclockwise) di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam sains fizik iaitu prinsip tangan kanan. Masih ingatkah anda lagi???





Lihat, mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.
  

                                                                                 
Secara saintifiknya pergerakan Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) ini menghasilkan tenaga elektromagnetik yang menuju ke atas. Sekiranya seseorang itu memakai jam yang memusing pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise), secara tidak langsung orang itu akan merasai gelombang yang menuju kepadanya setiap kali orang itu melihat jam.




Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang benar-benar mengetahui hikmah di sebalik pusingan pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise). Sebagai seorang muslim tidak salah sekiranya kita mengikut apa yang Fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaannya itu.  Allah mencipta benda dari yang sekecil-kecil zarah sehinggalah kepada galaksi, semuanya berputar pada arah yang satu, arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise).




Sumber: Pelbagai


                                                                   

I love you fi Allah

video

Hijra
this vid is before
Before it happen
our tests have been closer to God
we have chosen to leave the past
to select a new life
heaven as the goal
hopefully istiqamah in the cause of Allah
despite the bitter mujahahadah
since the end of the sweet



Went: Plaza Angsana JB & Hospital Sultanah Aminah JB
2011

Makkah Al-Mukarramah


Subhanallah
this city never sleeps!
bayangkan, 
berapa banyak amalan yang boleh kita laksanakan di sana tanpa fikirkan segala komitmen kita terhadap dunia. 
tempat yang doa pantas dimakbulkan.
 if i could, i visit you now. 
Insyaallah Rahmatan lil Alamain