Friday 30 May 2014

Reflection upon Quran




Bukankah Allah menyuruh kita membaca Quran sbg petunjuk menyelusuri kehidupan yg berliku ini.
Kenapa masih ada segelintir yang tidak mengamalkannya malah sanggup beli mahal n cantik semata-mata nak jadikannya hiasan. Namun, ada juga sanggup spent duit beli gadget mahal tp Quran terasa kecil nilainya dibiarkan koyak dan tidak tersentuh. Adakah mereka mengunci hati mereka?Sedarlah ia adalah Quran yang menjadi penerang hati n kehidupan kita. Biarlah dengan membaca Quran juga boleh dijadikan sedeqah kpd ibu bapa atau sesiapa sahaja yang pergi menemui ajalnya.xkan kita mahu sepi tanpa bacaan ayat-ayat cinta Allah.apa lagi mahu disedeqahkan pada kehidupan kalau bukan alunan ayat Quran. Berpada-padalah untuk kehidupan anda sendiri. Berbaliklah kepada ayat cintaNya.



"They do not reflect upon the Quran or are they locks upon their hearts?"
47:24



Rasulullah bersabda,
  "Bacalah Al-Quran dan menagislah. Kalau kamu tidak boleh menangis, maka berusahalah dengan sekuat2 hati supaya dapat menangis."
(Hadis riwayat Tarmizi daripada Saad bin Abi Waqqas)



Rasulullah bersabda,
" 2 mata yg tidak disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takutkan Allah & mata yg berjaga malam hari pd jalan Allah(Jihad Fi Sabilillah)" 
(Hadis Riwayat Tarmizi daripada Ibnu Abbas)



Tuesday 27 May 2014

Cintaku kepada Ilahi



Cinta,
Yang pernah hadir singgah di hati ini tidak mampu ku sembunyikannya lagi,
Hanya padaMu ku persembahkan jiwa ragaku,
Engkaulah yang berhak mengetahui segala yg tersimpan dalam hatiku,

Cinta Ilahi yg tersemat sejak daku berada di dalam kandungan lagi,
tiupan roh membenarkan jasadku mengenali Khaliq ku,
dengan akal fikiran yg waras,
sujudku hanya untukMu,
Engkaulah pemilik du'a yg seringku pohon,
Engkau jualah yg selalu hadir mendengar pengaduanku,
Engkau jualah yg memujuk hati ini pabila daku mengalunkan ayat suci cintaMu,
Engkau juga yg menemani kala aku sedang sedih mahupun gembira,

Engkau yang dekat,
Hanya padamu ku besujud memohon agar cinta ini selalu dihidupkan,
agar diriku senantiasa berada di jalanMu,
setiap hela nafasku berzikrullah mengingatiMu.

Tiada kata yg mampu mewakili kebaikan murobbiku,
Engkau yg telah meniupkan nafas cinta hingga kuncupnya mekar menjadi bunga.

madly, deeply from eqin