Saturday 19 May 2012

Hijrah


Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu bermula dari hati.

Tingkah laku seseorang itu tidak akan  berubah sekiranya hatinya masih terhijab dengan maksiat dan dosa.

Benarlah sabda junjungan agung,Nabi Muhammad SAW berkenaan hati:
“Ketahuilah bahawa dalam hati diri ini terdapat seketul daging.Jika ia baik,maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk,maka buruklah seluruh tubuh.Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menerangkan bahawa hati menjadi pemain utama kepada nadi perubahan seorang individu.Ia juga memandu minda dan tingkah laku untuk melakukan sama ada kebaikan ataupun kejahatan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah,pasti mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya(sebelum tempat yang dituju),maka telah tetap baginya ganjaran di sisi Allah.”
(Surah An-Nisa’ 4:100)

“sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka tetap istiqamah,maka tidak aka nada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita” (surah al-Ahqaf:13)



“Dan orang-orang yang BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan MEMIMPIN mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka BERGEMBIRA serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha MEMBAIKI amalannya.”

No comments: