Saturday 10 November 2012

Shalah


   
  Untuk menerangkan dakwaan tersebut, mari sama-sama kita perhatikan :
     Pujian jika disebut di dalam bahasa arab berbunyi   الحمد  (alhamdu). Kalimah atau perkataan tersebut terdiri daripada 5 huruf iaitu alif , lam , haa' , mim dan dal. Sebahagian ulama tasauf telah mengisyaratkan kepada kita bahawa setiap huruf kalimah tersebut menunjukkan perihal solat.


     ا  (huruf alif)     :     huruf yang ditulis dengan satu garisan tegak ini melambangkan niat solat. Seperti yang kita ketahui niat perlulah tepat , ikhlas dan tidak dicampuri dengan perkara lain. Elemen tersebut jika diperhatikan terkandung di dalam simbolik huruf alif.


     ل (huruf lam)     :     Lam jika ditulis bersambung dengan huruf lain, ia akan ditulis dengan garisan lurus  tegak sahaja. Bagi ulama-ulama sufi yang mempunyai pandangan bashirah mereka mengisyaratkan bahawa huruf tersebut melambangkan tegak berdirinya seseorang itu ketika solat.
     ح (huruf haa')     :    Melambang keadaan ruku' seseorang itu ketika solat.Kepala haa' yang yang ditulis mendatar atau melintang menyamai keadaan belakang badan manusia ketika ruku'.
   م (huruf mim)     :     Melambangkan sujud. Jika diperhatikan mim ditulis dengan simpulan bulat. Melambangkan kepala seseorang yang bersujud.


     د (huruf dal)     :     Huruf tersebut melambangkan duduk di dalam solat.




No comments: