Tuesday 8 May 2012

Pil Marah


1.Sabar dan sentiasa mengawal perasaan marah atau emosi. biasanya kalau kita mengawal perasaan negatif dalam diri kita nanti hati kita akan jadi beku.

2.Usah bertangguh untuk memohon maaf kepada orang yang kita marah. Biasanya kalau kita cepat-cepat meminta maaf atau memaafkan nanti kita dijauhi daripada sifat bodoh.

3.Insafilah diri dengan mengingati bahawa kemarahan itu mendatangkan seksaan Allah s.w.t. Biasanya kalau kita tidak insaf nanti syaitan akan duduk di hati kita.

4.Sentiasa menghindarkan diri daripada sifat benci, dengki dan dendam terhadap orang lain. Biasanya  kalau kita biarkan perasaan negatif itu bersarang dalam hati nanti syaitan akan menyukai kita untuk dijadikan teman.

5.Selalulah memantapkan  keimanan kita dengan kerap melakukan perbuatan yang baik. Biasanya kalau kita tidak melakukannya maka nanti perkara jahat mudah pula kita buat.

6.Ingatlah selalu bahawa Allah s.w.t membenci sifat marah. Biasanya kalau kita tidak beringat nanti syaitan mudah membawa kita melakukan perkara yang dibenci Allah s.w.t.

7.Tanamkan sikap lemah lembut dan sentiasa saling hormat-menghormati dengan orang lain. Biasanya kalau kita tidak bersifat begitu nanti orang lain akan takut untuk mendekati kita.

Oleh: nur ashiqin arazmi
Sumber : gen-q isu no 05

1 comment:

tupperware_merah said...

thanx untuk perkongsian. :)