Untuk menerangkan
dakwaan tersebut, mari sama-sama kita perhatikan :
Pujian jika disebut di dalam bahasa arab
berbunyi الحمد (alhamdu). Kalimah atau perkataan tersebut terdiri
daripada 5 huruf iaitu alif , lam , haa' , mim dan dal. Sebahagian ulama
tasauf telah mengisyaratkan kepada kita bahawa setiap huruf kalimah tersebut
menunjukkan perihal solat.
ا (huruf alif)
: huruf yang ditulis dengan satu garisan tegak ini
melambangkan niat solat. Seperti yang kita ketahui niat perlulah tepat , ikhlas
dan tidak dicampuri dengan perkara lain. Elemen tersebut jika diperhatikan
terkandung di dalam simbolik huruf alif.
ل (huruf
lam) : Lam jika ditulis
bersambung dengan huruf lain, ia akan ditulis dengan garisan lurus tegak
sahaja. Bagi ulama-ulama sufi yang mempunyai pandangan bashirah mereka
mengisyaratkan bahawa huruf tersebut melambangkan tegak berdirinya seseorang
itu ketika solat.
ح (huruf
haa') : Melambang keadaan ruku'
seseorang itu ketika solat.Kepala haa' yang yang ditulis mendatar atau
melintang menyamai keadaan belakang badan manusia ketika ruku'.
م (huruf mim)
: Melambangkan sujud. Jika diperhatikan mim ditulis
dengan simpulan bulat. Melambangkan kepala seseorang yang bersujud.
د (huruf
dal) : Huruf tersebut
melambangkan duduk di dalam solat.
No comments:
Post a Comment