Sebelum kita beribadah kepada Allah, wajiblah kita menyucikan diri dari hadas dan najis serta sifat-sifat yang keji dan bersih dari segala dosa yang dilakukan. Jika kita beribadah kepada Allah dengan jiwa yang kotor maka sudah tentu Allah tidak akan terima ibadah kita.
Taubat adalah salah satu tindakan yang amat murni di sisi Allah dan kita dituntut supaya bersegeralah melakukannya. Dengan bertaubat manusia dapat menyucikan diri dari segala dosa yang dilakukan.
Allah berfirman dalam surah An Nisa ayat 17: maksudnya:
Sesungguhnya penerimaan taubat itu di sisi Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat kejahilan, kemudiaan mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya dan ingatlah Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana.
Oleh itu,marilah kita bersegera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Sedarlah bahawa balasan buruk daripada Allah itu tidak mengikut masa malah akan datang pada bila-bila masa sahaja. Kita juga perlu memohon kemaafan sesama manusia supaya kelak tiada lagi penyesalan. Tidak perlu menunggu sehingga tibanya hari raya dan tidak perlu juga menunggu sehingga berlakunya kesusahan yang menimpa diri kita.
Sabda Rasulullah S.AW ertinya: Allah amat gembira menerima taubat hambanya melebihi gembira seorang yang tidak menyangka akan menemui semula untanya yang telah hilang di padang pasir yang luas.
MARI KITA SAMA-SAMA BERTAUBAT SEBELUM AJAL DATANG MENJEMPUT
oleh : Nur Ashiqin Arazmi
sumber: Terbitan Biro Takmir Masjid Al Istiqamah
No comments:
Post a Comment